Thursday, November 12, 2009

Rakaman Lagu-Lagu sewang dan gradung gradeng [RPS Kemar, Grik, Perak]

Pada 30,31 dan 1 November 2009 Krew ASYIKfm seramai lebih 12 orang berangkat ke RPS Kemar, Grik, Perak untuk rakaman lagu-lagu sewang dan juga rakaman band gradung gradeng. Penerbit En. Majid berkata atas permintaan penduduk sekitar Kemar untuk membuat rakaman lagu-lagu sewang, pihak asyikfm bersetuju untuk menambah koleksi lagu-lagu sewang untuk siaran radio di ASYIKfm dengan mengadakan sessi rakaman di lokasi. Sebanyak 12 kumpulan sewang mengambil bahagian dari kampung sekitar RPS Kemar, dan juga diadakan rakaman kumpulan muzik modern untuk segmen gradung gradeng iaitu kumpulan i-Sabath dan juga OTG. berikut antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang pihak kami berada di sana untuk tatapan rakan-rakan pelayar blog ini...

Gambar kanan: Jeti Trojan di mana permulaan perjalanan selama 1 jam ke RPS Kemar, melalui jalan air..

Gambar Kiri: Pengarah siaran radio Tuan Hj. Keliwon Pajhar[Berbaju merah jambu] juga turut serta dalam ekspedisi ke RPS kemar, Ceria beliau sepanjang 3 hari berada di kemar dalam suasana yang mencabar..







Gambar kanan: Peserta kumpulan dalam rakaman lagu-lagu sewang.








Gambar Kiri & Bawah: Rakaman gradung gradeng kumpulan muzik yang mengambil bahagian dalam rakaman tersebut [i-sabath & OTG]




















Gambar kiri: antara krew ASYIKfm yang terlibat [dari kiri -DJ Hardy, DJ Me'en, Pengurus ASYIKfm(Pn. Mariama) & DJ Majid]

No comments:

Post a Comment