Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010!

Salam 1 Malaysia...
Tahun berganti dan Asyikfm kini telah pun mengorak langkah dengan rancangan-rancangan baru untuk 2010...
Dan Asyikfm juga tidak melupakan jasa warga kerja asyikfm terdahulu yang telah membawa siaran sehingga ke hari ini dan tahap ini...
Pada 31 Disember yang lalu Krew Asyikfm mengadakan majlis perpisahan kepada Warga kerja Asyikfm yang akan bersara pada 2010 antaranya ialah En. Angai Pedik dan juga Anitudin Pak Pit.
Angai Pedik adalah antara kakitangan yang paling lama berkhidmat di Asyikfm iaitu sejak dari siaran Radio Orang Asli lagi pada masa itu lokasi siaran nya berpusat di Fedral House Kuala Lumpur. Beliau dalam ucapannya ada berpesan supaya kakitangan yang sedia ada yang baru ini akan membawa siaran ini lebih maju lagi dan beliau mahu siaran ini berkembang dan bersaing dengan stesen-stesen radio lain di negara ini... En.Anitudin pula mula berkhidmat sebagai penyampai & Pembaca berita Jakun sejak 9 tahun lalu...


En. Anitudin tidak dapat bersama atas urusan lain pada majlis ini..namun apa pun Pihak Asyikfm Amat menghargai jasa dan pengorbanan mereka untuk Asyikfm Sehingga ke Tahap ini...

Selamat Bersara En. Angai & En. Anitudin Pak Pit